60 - Earth Hour
Pada : 28 Mac 2009 , Jam 8.30 malam
Kenapa plak nak tutup lampu ?? - Sebab..sudah tiba masanya untuk Kita bertindak Dan sedar. Tentang pengunaan Dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini. Secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. Satu jam ( 60 minit ) tanpa lampu , diharapkan dapat memberi impak. Tentang bagaimana Kita menilai sumber tenaga yang sedia Ada .
Siapa yang startkan benda nieh weii ?? - Ianya bermula sebagai sebuah kempen di Kotaraya Sydney , pada tahun 2007. Kempen ini mendapat sokongan Dan amat berjaya , apabila hampir 2.2 milion rumah Dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi - dengan penyertaan hampir 50 million orang Dan merangkumi sejumlah 35 buah negara. Acara ini diraikan , sebagai satu simbol harapan kepada satu perubahan.
Cuma tutup lampu lah ?? - Ya , hanya tutup lampu selama 1 jam ( 60 minit ) pada 28 Mac ini , bermula jam 8.30 malam . Itu sahaja tanda sokongan yang perlu lakukan. Dan dalam kegelapan ini , mungkin Kita boleh berfikir betapa sumber tengan itu seharusnya diguna dengan baik, Dan bukan untuk dibazirkan.
Boleh ke saya buat benda ini ?? - Sudah tentu boleh . Hanya memerlukan hujung jari ,[ Untuk menutup suis lampu ] Kita akan mampu mengubah nasib Bumi ini . Mari Kita semua beramai-ramai menyahut seruan 60 MINUTES-Earth Hour 2009 .Yang akan berlangsung pada 28 Mac 2009 [ Sabtu ] , bermula jam 8.30 malam. Dengan hanya menutup semua lampu selama 60 minit , Kita telah membawa harapan baru terhadap masa depan Bumi.
Apa matlamat untuk tahun ini ?? - Tahun ini , diharapkan sebanyak 1 billion umat manusia yang bertaburan di lebih 1000 buah kotaraya . Akan bersama-sama berganding bahu dalam projek global ini. Ini akan menjadi pemangkin yang Kita boleh sama-sama mengambil tindakan bersama , dalam menangani isu pemanasan suhu dunia yang berlaku sekarang ini.
Siapa lagi yang saya nak ajak ?? - SEMUA !!! - Tindakan ini menuntut kerjasama semua pihak. Dari orang perseorangan , Industri Perniagaan Dan komuniti setempat. Kita boleh bersama-sama keluarga , teman rakan Dan ahli komuniti tempat Kita tinggal untuk merayakan 1 jam tanpa cahaya ini. Begitu juga dengan Pihak berwajib , Dan dari situ baru Kita akan dapat melihat setiap bangunan. Yang melatari kaki langit setiap ibu kota dunia , bermula dari Asia , eropah , Africa Dan amerika akan bergelap untuk menyahut seruan kempen ini.
Jadi apa saya nak buat sekarang ?? - Mari , Kita war-warkan kempen ini kepada semua. Bersama-sama, Kita akan membuat satu perubahan yang amat besar. Kepada alam yang menjadi tempat tinggal Kita selama ini .Sehingga kini sudah hampir 538 kota di 75 negara , sudah menyertai Earth Hour 2009. Jumlah ini semakin meningkat dari Hari ke Hari , menunjukan bahawa semua pihak sudah mula memberi sokongan. Lihat , mudah bukan..Kita cuma perlu percaya. Dengan hanya berkerjasama diantara satu induvidu kepada induvidu yang lain , Kita akan melihat SATU KUASA besar yang akan membawa perubahan.
No comments:
Post a Comment